11 January, 2009

WAN FARID HARGAI JASA GURU



Hakikatnya, seorang guru tidak memerlukan anak-anak muridnya membalas jasa-jasanya. Cukuplah hanya dengan membuktikan bahawa mereka boleh menjadi insan yang cemerlang dan mampu menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Menjadi guru bukanlah tugas yang mudah, apatah lagi guru merupakan orang yang paling bertanggungjawab selepas ibu bapa dalam memberi didikan, pedoman dan bimbingan terhadap anak-anak bangsa.

Begitu jua dalam usaha membentuk modal insan yang cemerlang, kadangkala nasihat dan pujuk rayu guru tidak memadai untuk mendisiplinkan sesetengah anak murid. Lantaran itu, denda dan hukuman lebih tegas yang difikirkan wajar diaplikasikan semata-mata untuk mendisiplinkan anak-anak murid.

Sehubungan, jasa guru dan warga pendidik tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Malah jasa guru yang mendidiklah, mewarnakan perjalananan seseorang insan. Tidak ketinggalan buat calon BN, yang turut meraikan bekas-bekas warga pendidik, khususnya guru-guru yang pernah mengajarnya satu ketika dulu dalam majlis bersama pesara guru daerah Kuala Terengganu.

“Saya ucapankan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua warga guru. Khususnya kepada cikgu-cikgu saya. Saya masih ingat lagi Cikgu Murni mengajar saya perakaunan, dia sanggup beri saya tuisyen sampai saya lulus.

Bagaikan puisi Allahyarham Usman Awang (Sasterawan Negara) – sama ada seorang raja, menteri atau jurutera, sesiapa saja bermula dengan guru yang mengajar tulis dan baca. Masih saya ingat hingga kini jasa besar guru, saya akan teruskan rangkaian guru ini.

Mereka yang di alam persaraan sebenarnya bukanlah di alam yang tersisih, ibarat pantun:

10 ekor ikan cencaru
Tidak sama ikan gelama
10 orang yang baru
Tidak sama dengan yang lama.


Maka, Dato Wan Farid mengharapkan agar warga pendidik dan pesara-pesara guru untuk terus memberikan komitmen bersama kerajaan untuk sama-samalah majukan dan membina Terengganu yang cemerlang, khususnya dalam bidang pendidikan.

KOMEN BEKAS GURU


Haji Muhammad Omar, Bekas guru calon ketika bersekolah di Sekolah Sultan Sulaiman berkata, sampai sekarang kalau berjumpa, calon BN ini sentiasa memanggilnya 'cikgu'. Itu tanda perakuan, panggilan yang cukup memberi kepuasan kepada warga pendidik.

“Dulu memang di SK Sultan Sulaiman saya mengajar beliau, tetapi saya tidak pernah meroatan atau menghukum mangsa. Di sana kalau hukuman merotan ini dilaksanakan oleh Cikgu Wan Hassan, masa meroton kita halakan mikrofon di punggung supaya semua dengar dan ngeri bunyi kena rotan. Tapi seingat saya, tidak pernah calon BN ini kena kes disiplin. Sama-sama kita harap dia bersama-sama teruskan kemajuan negeri kita,” ujarnya yang bangga dengan pencapaian anak muridnya itu.

No comments:

Post a Comment