05 January, 2009

PENGUNDI DINASIHAT LAKSANA TANGGUNGJAWAB MEREKA- SPR

Pengundi bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu tidak perlu merasa bimbang untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 17 Jan ini memandangkan pihak berkuasa telah mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan tahap keselamatan yang memuaskan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau yakin insiden yang tidak diingini dapat dicegah berikutan persiapan polis bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Beliau juga menasihatkan pengundi supaya membuat semakan lebih awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan terutama ketika hari pengundian.

Bagi pengundi yang ingin menyemak status, boleh berbuat demikian dengan melayari laman web SPR di www.spr.gov.my atau melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR (jarak) nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888 atau boleh menghubungi di talian 09-6236161.

Mengenai permohonan pihak media untuk membuat liputan bagi pilihan raya kecil itu, beliau berkata pihak SPR telah menerima 300 permohonan setakat ini.

No comments:

Post a Comment