04 January, 2009

Hamba Rakyat

Bakal calon Barisan Nasional (BN), bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berjanji akan menjadi hamba rakyat sekiranya BN memenangi pilihan raya 17 Januari nanti.

Wan Ahmad Farid berkata, beliau akan menjadi “jambatan” rakyat, bagi menyampaikan segala keluhan dan permasalahan dalam usaha membela nasib rakyat.

“Saya akan berkhidmat kepada rakyat sekiranya memenangi pilihan raya ini nanti, jika kita sama-sama dalam barisan maka segala bisikan rakyat akan dapat kita tunaikan.

“Sebagai contohnya apabila rakyat Terengganu berada dibawah pentadbiran BN, maka segala kemudahan dan kebajikan rakyat disalurkan bagi meringankan beban,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Komputer Komuniti Bestari Kuala Terengganu, yang dirasmikan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabry Chik.

Menurutnya, apabila rakyat meminta supaya pelajar sekolah menengah juga turut dibantu, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyalurakan bantuan sewajarnya dan ini menggambarkan betapa prihatinnya Kerajaan BN.

Katanya, bagi membolehkan beliau bertanding pada pilihan raya 17 Januari ini, beliau yang dilantik Senator dan menjawat jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri akan melepaskan jawatan itu esok (hari in).

“Berilah peluang kepada saya untuk mewakili suara rakyat Kuala Terengganu, bagi memperjuangkan nasib rakyat kearah yang lebih baik,” katanya.

No comments:

Post a Comment