04 January, 2009

BN TAK PANDANG RINGAN CALON PAS

Barisan Nasional (BN) tidak memandang ringan atau memperkecilkan kemampuan calon pembangkang pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.

Calon BN Parlimen Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berkata amat penting pertandingan secara berhemah dan tidak sekali-kali melakukan serangan peribadi antara satu sama lain dilakukan ketika berkempen.

Kelmarin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Abdul Wahid, 52, sebagai calon parti itu untuk bertanding menentang Wan Farid pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 28 November lalu.

Wan Ahmad Farid yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, siapa pun calon Pas yang dinamakan untuk menentang BN tidak akan mengubah pendekatan serta falsafah Umno untuk mendekati dan membawa mesej pembangunan kepada penduduk di Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, BN tidak gentar dengan isu dibawa Pas ketika berkempen kerana isu yang akan dibangkitkan parti itu sama pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

No comments:

Post a Comment