01 January, 2009

SYED AZMAN calon pilihan PAS atau calon pilihan Anwar Ibrahim?

Benarkah calon pilihan Anwar Ibrahim bakal diumumkan sebagai calon Pas pada malam ini yang akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu, 17 Jan ini.

Kalau benarlah apa yang dikata, kalau benarlah apa yang digosipkan ini benar belaka, `sakit’lah untuk BN untuk mempertahankan kerusi ini, namun tidak mustahil untuk BN membuat kejutan dengan membuang segala prasangka buruk terhadap calon bagi membolehkan BN terus mendapat mandat di kerusi yang bertuah ini.

Yang jelas, Syed Azman mempunyai kedudukan dan program yang kuat di Kuala Terengganu.

Di tambah pula dengan sokongan Anwar Ibrahim, yang kita tahu bahawa Syed Azmanlah yang diperkatakan oleh Anwar sejak Anwar masih di dalam UMNO lagi bahawa seorang jaguh muda akan muncul di Terengganu yang bakal membawa pembaharuan dan mampu mengugat Haji Hadi dalam PAS.

Mengapa Mat Sabu sebagai pilihan Nik Aziz ditolak, begitu juga Mustapha Ali sebagai calon pilihan Haji Hadi diketepikan? Benarkah Syed Azman dipilih oleh Anwar, dipilih oleh Pemuda PAS…bukannya pilihan sebenar Presiden dan Majlis Syura Pas?

Semua akan terjawab malam ni. Stadium Negeri Kuala Terengganu akan merungkai teka-teki ini. Siapa pilihan Pas?

No comments:

Post a Comment