03 February, 2009

Masihkah kau ingat berjangkit ke Pulau Pinang

Kesian anak-anak ini. Terpaksa belajar hampir 2 jam di bawah panas mentari selepas pintu pagar Tabika Perpaduan Kemas Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau dirantai dan dimangga JKKK Kuala Sungai Pinang.

Sedih aku mengenangkan nasib anak-anak Melayu yang terpaksa memperjudikan masa depannya akibat percaturan politik kita sendiri yang hanya memetingkan diri sendiri tanpa melihat kesan kepada generasi masa depan.

Maybe… aku nak pinjam ayat dari Hambali Latiff…. Penyakit PAS Terengganu sudah menjangkit sampai ke Pulau Pinang. Kalau dulu, antara tahun 1999-2004, inilah juga yang berlaku ke atas anak-anak Terengganu.

Kini berjangkit ke Pulau Pinang. Siapa yang nak dipersalahkan dalam hal ini.

Speaker DUN Perak kaki temberang

Akhirnya, SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Changkat Jering (N14) dan DUN Behrang (N58), kedua-duanya masih dipegang oleh penyandang kerusi berkenaan.

Ia disahkan sendiri oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf setelah SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap kedua-dua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai Adun Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Adun Behrang.

SPR telah meneliti secara mendalam dan rapi daripada pelbagai sudut perundangan dan dengan ini memaklumkan bahawa SPR mendapati wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan. Ia juga memandangkan kedua-dua Adun itu secara sedar telah mengesahkan bahawa surat-surat berkenaan tidak berkuat kuasa," katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu, katanya SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) Perlembagaan negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan luar jangka.

Persoalannya sekarang, siapa yang bersandiwara akan kekosongan tersebut.

Dua hari lepas, Speaker DUN Perak V. Sivakumar memaklumkan bahawa ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad.

Sehari selepas itu, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering menafikan meletak jawatan dan tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu, sebaliknya mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

Akhirnya, hari ini semua persoalan dan teka-teki berhubungan 2 kerusi tersebut terjawab dan orang yang perlu bertanggungjawab di atas segala pembohongan ini ialah Sivakumar yang telah membuat kenyataan dan menghantar surat palsu kepada SPR.

Bila dah pantai Auta macam Siva nie, membuktikan wujudnya konspirasi dan permainan politik kotor oleh Pakatan Rakyat di Perak ni.... Orang Perak, fikirkanlah semula keputusan yang anda semua dah buat pada Mac 2008 yang lalu.... Kini tanah dah tergadai, dapat plak Speaker DUN kaki temberang.

02 February, 2009

BILA MB PERAK RASA NAK PITAM

Suasana malam tadi boleh menyebabkan MB Perak, YB Dato’ Seri Nizar rasa macam nak pitam. Baru nak rasa lega bila ada YB BN masuk PKR (Pakatan Rakyat), sekurang-kurangnya kerusi MB akan kekal bersamanya untuk 5 tahun ini, nampaknya kegembiraannya tidak lama.

Malam tadi, kecoh sekejap bila tersebar cerita bahawa 2 ADUN PKR meletakkan jawatannya sebagai ADUN yang boleh menyebabkan Pilihan Raya Kecil diadakan dalam masa 60 hari.

Menurut laporan Bernama, dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang “hilang” sejak Isnin lepas hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta.

Yang Dipertua DUN Perak, V. Sivakumar berkata, ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.

Dalam kenyataannya yang difakskan ke pejabat media, Sivakumar berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Boleh pening kepala dibuatnya YB Nizar nie. Bak kata Nobisha dalam blognya, ‘PANADOL ACTIFAST DAH HABIS DI IPOH!’. Begitu juga dengan Kickdefella yang mencadangkan jalan sebaiknya di dalam keadaan genting begini ialah untuk Menteri Besar setelah berbincang dengan tujuan mendapat persetujuan pemimpin-pemimpin parti dalam Kerajaan Negeri Perak, mengadap DYMM Sultan Perak dan menasihatkan supaya Baginda bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak akan membolehkan para pengundi di Perak membuat keputusan semula kepada pihak manakah mandat mahu diberikan.

Tentu sekali ini adalah jalan terbaik buat PR kerana mereka mempunyai kekuatan untuk memperolehi mandat yang lebih besar berdasarkan populariti pentadbiran mereka kepada rakyat (bukan berdasarkan tomahan yang dilemparkan menerusi media arus perdana).

Namun, semuanya jangan risau. Pilihan Raya Kecil DUN Behrang dan DUN Changkat Jering tidak perlu memandangnya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan meletakkan jawatan mereka, sepertimana yang diumumkan petang tadi.

Menurut laporan `Berita Terkini Utusan-Online pada jam 10.01 malam’, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi memaklumkan bahawa beliau dan dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu.

Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

Oleh yang demikian, tak perlulah rasa gusar gulana, Cuma ada antara orang-orantg penting di Perak akan selalu ‘pening kepala’ khususnya Nizar yang baru nak hampir setahun memegang tampuk pemerintahan Perak, mungkinkah beliau akan bertahan sepenggal ini sebagai MB.

Tengoklah minggu ini…apakah sebenar permainan atau perjuangan sebenar yang berlaku di Perak. Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…. Siapa yang permainkan siapa sebenarnya?

29 January, 2009

Jangan Pisahkan Orang Muda Dari UMNO

Oleh: Sahabat-Gunung

Aku agak terperanjat dengan kenyataan Tengku Ahmad Rithaudeen semalam, namun aku mendiamkan diri ajer sebab internet kat rumah aku pun teruk, lebih baik mendiamkan diri sehari dari terus hentam keromo ‘si bapak’ yang dah lama dalam UMNO tu.

Terus terang aku katakan, ada segelintir kawan-kawan yang menyifatkan ‘di bapak’ ini sudah mula nyanyuk. Adakah dia lupa, dari mana dan permulaannya berjuang dalam UMNO.

Adakah bila dah tua baru dia masuk UMNO? Sehubungan dengan itu, dalam keadaan UMNO pada hari ini yang boleh aku katakan tidak cukup kuat, perlukan perubahan dan peremajaan semula.... mengapa satu cadangan dungu boleh keluar dari seorang ‘bapa’ yang sepatutnya mendidik anak-anaknya untuk menjaga ‘rumah UMNO’ itu sendiri.

Bukan bila dah timbul masalah dalam rumahtangga kita.... kita bunuh anak kita bagi menutup kepincangan dan kucar-kacir dalam rumah kita.

Kenapa nak salahkan anak-anak yang baru nak belajar hidup, sedangkan masalah yang berlaku hari ini, jika dikatakan politik wanglah... ia bermula dengan senior-senior atau bapa-bapa kita, mak-mak kita yang lebih dulu makan garam dalam UMNO.

Bagilah peluang kepada anak-anak ini, bertatih sebelum berjalan, jangan kafankan anak-anak kita di atas kesilapan kita yang terdahulu.

Biarkan anak-anak itu kenal dulu dunia, didiklah ia seperti sehelai kain putih, corakkanlah ia sebaik yang mungkin untuk menjadi warganegara yang berguana, bukannya terus membiarkan kain putih terus mengkafankan anak kita itu.

Buat semua anak-anak muda yang baru bertatih dalam UMNO, jangan kecewa dan jangan ambil hati. Mungkin bapa kita tu ...entahlah, nak cakap pun salah.

Sebagai orang muda, sebagai anak muda yang dah masuk UMNO sejak 10 tahun yang lalu, ketika krisis kegawatan politik negara angkara manusia bernama Anwar Ibrahim.... aku harap MT UMNO janganlah lupa akan peranan dan sumbangan orang muda kepada UMNO.

Jika dipisahkan anak-anak muda ini dari UMNO, aku yakin UMNO akan mengalami musibah yang amat dashyat menjelang PRU-13 nanti. Kalau tak percaya, cubalah bubarkan sayap-sayap UMNO, khususnya Pemuda, Puteri dan Biro Putera UMNO serta Wanita yang cukup komited memperjuangkan UMNO dan BN selama ini.

20 January, 2009

Perjuangan Baru Bermula

Oleh: www.sahabatgunung9506.blogspot.com

Benarkah UMNO sudah di ambang kehancuran? Benarkah UMNO siap sedia untuk ditalkinkan? Benarkah UMNO sudah jauh di hati orang-orang Melayu….?

Bagi aku, perjuangan ini baru nak bermula.

Mungkin pelik kerana UMNO itu sendiri sudah 62 tahun di arus perjuangan politik bermula dengan perjuangan Dato’ Onn menuntut kemerdekaan hinggalah ke zaman Pak Lah yang nampak macam 'menyesakkan' dada ahli-ahli UMNO.

Sedarlah… semua yang berlaku pada hari ini bukanlah salah Pak Lah, bukan salah anak dan menantunya, sebagaimana dakwaan beebread pihak tetapi salah kita yang tidak pernah serius dalam perjuangan dan sentiasa berasa selesa dengan kejayaan dan kemenangan kita sebelum-sebelum ini.

Bila dah jadi macam nie, baru nak salahkan Pak Lah, nak salah Khairy tetapi siapa Pak Lah atau Khairy jika bukan kerana pencalonan dan undi-undi kita sebelum ini.

Oleh yang demikian, apa yang berlaku hari ini bukanlah salah Pak Lah atau Khairy. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, menjelang Mac ini, marilah kita sama-sama menyusun barisan, bersama-sama membantu Pak Lah sebelum meninggalkan kerusi Presiden dan Perdana Menteri, untuk memperbaiki UMNO dari akar umbi.

Jika selama ini, masyarakat memandang kita sebagai pengamal politik wang, bertekadlah demi katakana UMNO itu, marilah kita sama-sama menolak segala unsur politik dalam memilih kepimpinan yang akan datang.

Itulah sebabnya aku mengatakan perjuangan kita baru bermula. Perjuangan kita menolak Peiping yang lahir hasil amalan politik wang, dan memberikan sokongan padu kepada DS Najib dan barisan kepimpinannya…. Yang bakal kita pilih Mac ini.

Jangan sekali lagi melakukan kesilapan yang sama. Memang selama ini kita tidak pernah belajar dari kesilapan, tapi sampai bila kita tak nak belajar. Sampai UMNO ditalkinkan.

Tidak, aku tidak akan benarkan UMNO ditalkinkan. Aku akin berjuang sehingga ke titian darah terakhir, tapi mampukan aku berseorangan berjuang untuk UMNO. Ternyata, itu retorik semata-mata, tapi jika berjuang bersama-sama pejuang UMNO yang lain, aku yakin UMNO akin kembali di landasan yang sebenar.

Aku yakin, rakyat mahu melihat perubahan drastik pada UMNO. Tapi siapa yang akan meniup semboyan ini? Jangan bermain teka-teki atau sandiwara lagi kerana rakyat dan golongan muda hari ini semuanya dah cerdik-cerdik dan pandai-pandai belaka hasil perjuangan UMNO dan BN juga yang selama melakukan pembangunan yang seimbang, pendidikan yang sempurna, pembangunan modal insan…. Yang akhirnya memakan diri sendiri.

Tapi jangan menyesal dengan apa yang sudah kita buat selama ini. Jangan menyesal membina sekolah-sekolah yang sempurna, yang menyesal membina universiti untuk kecermerlangan anak-anak kita, jangan menyesal untuk semua yang kita dah lakukan selama ini.

Tapi, perjuangan kita baru bermula. Perjuangan membaiki UMNO, agar terus lekat di hati orang Melayu, agar terus mendapat kepercayaan rakan kompenan BN dan seterusnya masyarakat berbilang kaum.

Itulah perjuangan kita. Jika kita bermula dari hari ini, aku yakin apa yang kita takuti akin menjadi kenyataan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mempertekadkan azam, memperkukuhkan barisan, memperbaiki sikap negatif kita untuk memperkasa semula UMNO.

Salam perjuangan buat semua.

Pantai Batu Buruk
K.Terengganu
19 Jan 2009 (11.15pm)

18 January, 2009

Segala-galanya telah terjawab

Kemenangan calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan memperolehi 32,883 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang meraih 30,252 undi selepas kesemua 144 peti undi dikira membuktikan ia pilihan tepat.

Kuala Terengganu mempunyai 80,229 pengundi termasuk 838 pengundi pos. Lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di situ adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, di Stadium Negeri jam 9.30 malam tadi.Sebanyak 144 saluran di 36 pusat pembuangan undi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang bagi membolehkan 80,229 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands, 28 November lalu.

Jadi jelas keputusan kumpulan ulama meletakkan Wahid Endut tepat.

Malah, kemenangan ini akan memperkuatkan kedudukan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang selepas cakap-cakap kononnya beliau membelakangkan pandangan dan permintaan kumpulan Erdogan supaya meletak calon mereka.

Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam pula hanya memperolehi 193 undi.Bagi BN, apa lagi yang boleh dikatakan.BN terpaksa menerima kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan hati terbuka kerana menghormati pilihan rakyat selaras dengan sistem demokrasi di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai sebuah parti yang percaya kepada prinsip demokrasi, BN akur dengan keputusan itu kerana “suara rakyat adalah suara keramat”.

“Ini bukan bererti kita akan hentikan iltizam dan semangat BN untuk terus memberi khidmat kepada rakyat. Kita akan terus berkhidmat berlipat kali ganda untuk rakyat,” katanya di kediaman Menteri Besar Terengganu di Seri Iman di Kuala Terengganu malam ini.

Menurut laporan Bernama, Turut hadir, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, Setiausaha Agung Umno dan BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.Najib. Ahmad Said dan Wan Farid tetap memberikan senyuman walaupun tewas pada pilihan ini.

Najib berkata BN akan melaksanakan setiap perkara yang perlu dilakukan bagi menyusun semula imej parti dan apa jua dasar supaya dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti itu.

"Saya masih amat yakin bahawa kesudahannya rakyat yakin BN tetap parti terbaik untuk memimpin negara kita," katanya.

Mengenai majoriti lebih besar yang diperoleh calon PAS itu, Najib berkata BN tidak boleh membuat kesimpulan terhadap perkara itu walaupun ia memberikan tamparan terhadap Umno dan BN."Ini pilihan raya kecil...banyak faktor yang boleh tentukan keputusan dan faktor tempatan tidak boleh dibaca sebagai pertimbangan politik peringkat nasional," katanya.

Sedikit musykil ialah, kenapa hanya 79.9 peratus atau 63,993 pengundi keluar mengundi hari ini sedangkan cuaca begitu baik. Undi rosak hanya sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.9 peratus .

Apakah yang tidak keluar mengundi adalah mereka yang memprotes pemilihan Wan Farid atau sebab-sebab lain?Hanya BN boleh menjawab soalan itu dan di peti undi mana, pengundi enggan mengundi.Jawapan bagi soalan ini hanya ada kepada pengundi sendiri.

15 January, 2009

Guru Tetap BN

Oleh :Tok Janggut

KUALA TERENGGANU: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yakin guru-guru di Kuala Terengganu akan memastikan calon Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Beliau berkata, desas desus yang ditimbulkan pembangkang kononnya, guru Kuala Terengganu akan memberi sokongan kepada calon Pas, adalah sekadar untuk meraih undi sahaja.

“Apabila saya turun padang dan berjumpa mereka, ia terbukti bahawa guru di sini cukup setia dengan BN, ini kerana hubungan akrab yang telah dibina Allahyarham Datuk Razali Ismail, dengan guru sebelum ini.

“Kita yakin guru-guru akan memberi sokongan bagi memastikan kecemerlangan pendidikan di Kuala Terengganu berterusan. Kerajaan akan berusaha untuk menjadikan Kuala Terengganu sebagai pusat kecemerlangan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengadakan pertemuan dengan guru-guru sekitar Jalan Panji Alam dekat sini semalam. Pertemuan itu juga dijadikan medan untuk mendengar masalah warga pendidik.

Hishammuddin berkata, beliau akan meneruskan perjuangan arwah Razali di Kuala Terengganu, katanya arwah adalah seorang pemimpin mempunyai wawasan dalam memperjuangkan pendidikan di sini.

Menurut beliau, calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, akan meneruskan kesinambungan perjuangan Razali dan beliau sendiri akan memastikan segala janji terbabit ditunaikan Wan Ahmad Farid sekiranya beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen.

“Sebenarnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, mahu arwah mengganti saya sekiranya saya tidak lagi memegang jawatan Menteri Pelajaran. Namun apakan daya Allah lebih menyayanginya.

“Memandangkan perjuangannya yang cukup hebat bagi memartabatkan pendidikan di Kuala Terengganu, sebuah sekolah dan Institusi Perguruan akan dinamakan dengan nama beliau sebagai menghargai jasanya,” katanya.

Oleh itu katanya, pengundi Kuala Terengganu perlu membuat keputusan bijak pada hari pembuangan undi Sabtu ini. Beliau berharap pengundi membuat pilihan berdasarkan perancangan demi masa depan mereka.

KARPAL SINGH SANGGAH SIKAP BERMUKA PAS, PKR: Sandiwara lagi ker?


DAP semalam mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh ketika menyatakan perkara itu mengulangi pendirian bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar DAP dan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.

Karpal berkata: “...Saya minta PAS dan Anwar menghormati Perlembagaan Persekutuan. Saya sebenarnya terkejut dengan pendirian Anwar yang tidak kukuh dalam hal ini. PAS memang konsisten dengan pendirian mereka sejak dulu lagi tetapi saya tidak menjangka Anwar akan berkata, PKR menyokong Hukum Hudud, walaupun ia hanya membabitkan orang Islam sahaja.....”

Pada pandangan akulah.... nie satu lagi sandiwara Pakatan Rakyat untuk mengaburi rakyat dan pengundi Kuala terengganu menjelang 2 hari sahaja lagi hari untuk pengundi menentukan siapa wakil mereka di Dewan Rakyat.

Sehubungan dengan itu, besarlah harapan agar pengundi Kuala Terengganu terbuka hatinya untuk melihat kebenaran dan sandiwara pihak-pihak tertentu berhubung isu Hudud ini, siapa sebenarnya yang mengkhianati perjuangan dan siapa sebenarnya yang berjuang untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Masihkah Kau Ingat?

PENGUNDI MUDA JADI PENENTU

Tenang tetapi persaingannya tetap sengit, itu adalah gambaran tentang piliharaya kecil P36 Kuala Terengganu khususnya di antara BN dan PAS. Selain isu ada faktor lain yang mencorakkan polar pengundian pada 17 Januari ini.

Kecenderungan undi berdasar kumpulan umur dilihat bakal menentukan siapa YB Kuala Terengganu yang baru. Faktor seperti bilangan undi rosak undi dan undi kepada calon bebas akan menjadi penentu.

Secara umum kumpulan umur pengundi dipecah kepada 3 bahagian iaitu; di bawah 40 tahun, 41 hingga 61 tahun dan ke atas. Di DUN Mempelam terdapat 48% pengundi muda, di DUN Bandar pula sebanyak 64%, DUN Ladang 61% dan DUN Batu Burok pula sebanyak 48%. Pengundi muda kini dilihat amat penting dalam menentukan kemenangan calon.

KESINAMBUNGAN PERLU DITERUSKAN

Teruskan kesinambungan jasa Allahyarham Datuk Razali Ismail dalam membela nasib rakyat dan memajukan sektor pendidikan.

TPM, DS Najib Tun Razak berkata perkiraan itu perlu dibuat oleh pengundi di Kuala Terengganu sebelum mereka keluar mengundi Sabtu ini.

“...bagi kita perjuangan perlu diteruskan, perjuangan akan hanya menjadi kenyataan kalau sekiranya kita dapat menentukan bukan sahaja nama diabadikan tetapi wardah perjuangannya .....”

DS Najib dan isteri hadir pada perjumpaan dengan ahli keluarga dan penyokong Allahyarham Datuk Razali Ismail di Taman Chendering Utama. Menurut beliau kerajaan mengiktiraf ketokohan Datuk Razali dalam bidang pendidikan. Dua institusi pendidikan di Kuala Terengganu akan dinamakan sempena Datuk Razali pada satu majlis Jumaat ini.

14 January, 2009

CUBA BURUKKAN KERAJAAN NEGERI

Ini pula penjelasan berhubung dakwaan PAS kononnya Terengganu mencatat kadar kemiskinan kedua tertinggi di negara ini. Menurut bekas MB Terengganu, DS Idris Jusoh fakta itu diputar belit PAS bagi memburukkan Kerajaan Negeri.

Bekas MB Terengganu, DS Idris Jusoh berkata:
“...kita bukan lagi kedua yang termiskin tetapi yang keempat..sudah meningkat. Kadar kemiskinan telah meningkat melalui program-program yang telah dilaksanakan kerajaan. Banyak fakta-fakta salah yang digunakan oleh pihak pembangkang...yang blogger ke, penceramah ke, kalau tak tahu fakta jangan nak buat syarahan.....”

Menurut DS Idris Jusoh, bukti yang dikeluarkan oleh Unit Prancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri menunjukkan paras kemiskinan di Terengganu pada 2004 ialah 15.4% manakala pada tahun 2007 berkurangan kepada 6.5%. Jumlah miskin tegar juga berubah dari 4.4% kepada 0.8%, manakala Pendapatan Purata meningkat kepada 2,463 daripada 1,984.

PAS di mata Anwar


13 tahun dulu (1996) ketika dalam UMNO dan Kerajaan BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam pemimpin Pas suka memaki hamun orang lain dan menyarankan supaya Pas menukar nama yang lebih sesuai dengan sikap pemimpin mereka.

"Sesetengah pemimpin Pas jelas tidak mencerminkan cara berpakaian dan tawaduk mereka," kata Anwar pada Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Kuala Kedah, Kedah pada 21 Januari 1996.

Tetapi itu dulu, kini (2009), Anwar `menjilat balik ludah' yang dibuatnya kepada pemimpin Pas manakala Pas yang dipimpin oleh Datuk Seri Hadi Awang boleh menerima Anwar dalam Pakatan Pembangkang walaupun partinya pernah dimaki hamun oleh Anwar sebelum ini.

Kerana sedikit kuasa Pas mudah lupa. Kerana mahu mengejar kuasa Pas boleh `berkompromi' dengan DAP dalam isu hudud dan undang-undang Islam. Mana dia perjuangan dan semangat Islam sejati Pas?

Apakah Pas hanya berperanan menjadi batu loncatan kepada Anwar yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri manakala Lim Kit Siang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Di manakah kedudukan Hadi apabila Pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini? Pas hanya akan menjadi `penonton' dan akan terus menjadi alat Anwar dan DAP.

''Kluk-Klek, Kluk-Klek, Kluk-Klek'' Di Kuala Terengganu



Oleh: Ku-Man

Di sebalik kemelut pelaksanaan hukum hudud di kalangan pakatan pembangkang, Pas ternyata terpaksa menagih sokongan DAP untuk meraih undi khususnya di kalangan pengundi Cina.

Keadaan ini sekaligus membuktikan Pas sebenarnya tidak berdaya untuk mempertahankan perjuangan Negara Islam yang sebelum ini menjadi prinsip utama parti itu.

Walaupun tidak dinafikan DAP mampu menarik undi kaum Cina melalui kempen perkaumannya namun sebahagian besar pengundi termasuk di kalangan ahli Pas sendiri mula sangsi dengan prinsip perjuangan Pas.

Pas parti “Kluk Klek” sudah menjadi buah mulut pengundi di sini.

"Di kampung-kampung Pas terus melaungkan prinsip perjuangan Negara Islamnya tetapi bila bersama DAP nada itu bertukar lain.

"Nampaknya label Pas parti Kluk Klek sudah menjadi bahan jenaka di sini", luah seorang pengundi, Rahman Mohamed, 42 di sini.

Jelasnya Pas sebenarnya cukup terdesak kerana dalam ghairah menagih undi orang Melayu, Pas juga sedar undi kaum Cina juga cukup penting bagi memastikan kemenangan calonnya.

"Memang saingan cukup sengit. Setiap undi penting dan ini yang sedang dilakukan Pas. Sebab itu mahu tidak mahu Pas terpaksa tagih sokongan DAP", ujarnya.

Namun bagi seorang penyokong Pas, Mohd Reza Razali, 34, pula yakin apa pun label yang diberikan terhadap Pas termasuk Pas parti “Kluk Klek” tidak akan menjejaskan peluang Pas untuk menang di sini.

Katanya memang perkara ini menjadi buah mulut tetapi ia tidak sampai menjejaskan peluang Pas.

"Tak nafikan ada juga undi yang lari tapi pada masa yang sama Pas juga boleh mencuri undi penyokong BN menerusi isu-isu yang dicanangkan", ujarnya.

Bagi seorang peniaga di Pasar Payang, Rosnah Mahmud, 35, pula berkata sikap Pas ini sebenarnya bukan baru buat penduduk di sini.

Jelasnya Pas memang tidak berpegang pada prinsip perjuangan Islam dan ini sudah terbukti sepanjang pemerintahan Pas lalu.

"Rakyat masih ingat cara Pas memerintah dulu. Lain yang Pas cakap lain yang dibuat. Siapa buat fatwa kafir, siapa yang janji nak laksanakan hukum Islam.

"Sekarang Pas berubah lagi, bukan sahaja berkawan dengan DAP tapi sanggup mengenepikan hukum hudud yang dikatakan sekarang bukan lagi keutamaan Pas. Orang dah tahu dah Pas parti Kluk Klek", katanya.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), YB Khairy Jamaluddin menyifatkan Pas sebagai sebuah parti “kluk-klek” ekoran pendirian parti itu yang sering berubah-ubah khususnya dalam soal hudud.

Menurutnya ideologi perjuangan mereka yang didokong selama ini seolah-oleh tenggelam timbul mengikut gendang yang dipalu oleh rakan-rakan mereka di dalam pakatan rakyat.

"Perkara ini terbukti menerusi pertikaian terbaru berhubung isu berkenaan di kalangan pakatan rakyat setelah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu sedia melaksanakan hukum berkenaan jika memerintah negara kelak.

"Namun kenyatan tersebut berubah menerusi kenyataan beberapa pemimpin tertinggi mereka yang lain setelah diasak oleh DAP. Ada yang kata Pas sanggup tunggu 30 tahun untuk memerintah dan hudud bukanlah keutaman parti terbabit", ujarnya.

Pakatan Rakyat Terus Bergelut Kepincangan Dalaman

Usaha Pas dan sekutu pakatan mereka mengalih perhatian rakyat khususnya pengundi di sini daripada isu sebenar kepincangan mereka yang kini dilanda konflik dalaman serta kegagalan memenuhi janji pilihan raya ternyata tidak berjaya.

Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki berkata sehingga kini pihaknya mendapati pengundi di kawasan ini tidak terpedaya dengan segala usaha Pas dan rakan pakatan mereka itu.

Ini katanya lagi ditambah pula, Pas yang sedang menghadapi dilema besar apabila berdepan dengan tekanan dan dominasi Dap terhadap isu-isu orang Melayu, tanah dan agama.

Malah Dap jelas beliau terus menerus menyerang Pas berhubung isu hudud dan penubuhan negara Islam.

"Pelbagai janji pakatan pembangkang kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008 belum sempurna, namun tekanan dan dominasi Dap mendorong kerajaan-kerajaan negeri pakatan mengutamakan kepentingan sesama mereka.

"Di Selangor janji bantuan RM50 bagi setiap pelajar Tadika dimungkiri atas alasan hendak bersiap sedia dengan menghadapi suasana ekonom. Tetapi kerajaan negeri itu membeli kereta mewah Toyota Camry untuk menggantikan Proton Perdana yang masih boleh digunakan. Demikian juga halnya di Perak", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Tegasnya lagi tindakan Dap menekan Menteri Besar Selangor dan Perak itu, juga jelas berlaku ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang tidak diberi keutamaan di dalam isu-isu Bumiputera dan Islam.

Malah tambah beliau Kerajaan Pulau Pinang lebih sibuk berbelanja memasang nama jalan pelbagai bahasa dan akan membeli kereta mewah Toyota Camry daripada menghulur bantuan kepada ibu bapa membiayai persekolahan.

"Oleh sebab itu, Pas dan sekutunya kini ketandusan isu ketika berkempen di Kuala Terengganu dan mula membuat tuduhan melulu mengkritik pembangunan yang dibawa Kerajaan BN dan tanpa gentar berbuat dosa memfitnah calon BN.

"Kini mereka menyerang dan mengutuk calon BN dan keluarganya pula", ujarnya.

Pengalaman Bekas Tahanan ISA Lokman Adam







Perjuangan Pas... Membangun Bersama DAP dan PKR


13 January, 2009

Tidur Bersama PAS....


Seramai 3250 Rangkaian Rakan Sebaya Jejak Pengundi Muda Sokong BN


Pemuda UMNO yakin Program Jejak Rakan Sebaya yang berjaya menjejak 3250 pengundi muda sejak dilancarkan seminggu lalu akan menjadi rangkaian penting untuk terus menjejak pengundi golongan terbabit bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada 17 Januari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata seramai 3250 yang berjaya dijejak ini akan membentuk rangkaian untuk mengajak rakan-rakan sebaya dengan mereka memberikan sokongan kepada calon BN.

Jelasnya lagi rangkaian ini bukan sekadar mengajak rakan mereka mengundi BN malah turut memberi pelbagai penerangan khususnya membongkar pembohongan pembangkang khususnya Pas.

"Kita yakin sokongan golongan muda ini akan terus meningkat seperti mana yang telah kita perolehi pada pilihanraya umum lalu.

"Pada pilihanraya umum lalu ternyata kita mendapat sokongan pada saluran tiga dan empat. Kita harap momentum ini akan berterusan dan diterjemahkan kepada bentuk undi pada hari pengundian nanti", katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penutup Program Jejak Rakan Sebaya di Kompleks Belia dan Sukan di sini, Selasa.

Turut hadir pada majlis itu ialah Mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Sabri Alwi, Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki dan pemimpin-pemimpin peringkat cawangan di Kuala Terengganu.

Hishammuddin seterusnya berkata jentera Pemuda ketika ini berada pada landasan yang terbaik dan akan terus memperhebatkan kempen menjelang empat hari sebelum hari pengundian.

Tegasnya lagi jentera Pemuda tidak akan menggunakan pendekatan menyerang peribadi sebaliknya menyatakan segala fakta berkenaan pembohongan dan putar belit pembangkang.

"Banyak fakta yang akan kita bongkar dan perjelaskan kepada pengundi khususnya kegagalan Pas ketika diberi peluang memerintah negeri ini dahulu.

"Kita akan peringatkan rakyat bahawa Pas yang ada hari ini tetap Pas yang sama ketika memerintah dahulu. Apa yang berubah sekarang ialah prinsip perjuangan mereka seperti yang dikatakan Datuk Seri Idris Jusoh bahawa Pas adalah parti Kluk Klek", ujarnya.

Selepas program tersebut Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut melancarkan kempen riben biru yang dipasang di kenderaan sebagai simbolik keamanan dan sokongan kepada BN

SUARA PAS .... suara siapa?