03 February, 2009

Speaker DUN Perak kaki temberang

Akhirnya, SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Changkat Jering (N14) dan DUN Behrang (N58), kedua-duanya masih dipegang oleh penyandang kerusi berkenaan.

Ia disahkan sendiri oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf setelah SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap kedua-dua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai Adun Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Adun Behrang.

SPR telah meneliti secara mendalam dan rapi daripada pelbagai sudut perundangan dan dengan ini memaklumkan bahawa SPR mendapati wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan. Ia juga memandangkan kedua-dua Adun itu secara sedar telah mengesahkan bahawa surat-surat berkenaan tidak berkuat kuasa," katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu, katanya SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) Perlembagaan negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan luar jangka.

Persoalannya sekarang, siapa yang bersandiwara akan kekosongan tersebut.

Dua hari lepas, Speaker DUN Perak V. Sivakumar memaklumkan bahawa ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad.

Sehari selepas itu, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering menafikan meletak jawatan dan tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu, sebaliknya mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

Akhirnya, hari ini semua persoalan dan teka-teki berhubungan 2 kerusi tersebut terjawab dan orang yang perlu bertanggungjawab di atas segala pembohongan ini ialah Sivakumar yang telah membuat kenyataan dan menghantar surat palsu kepada SPR.

Bila dah pantai Auta macam Siva nie, membuktikan wujudnya konspirasi dan permainan politik kotor oleh Pakatan Rakyat di Perak ni.... Orang Perak, fikirkanlah semula keputusan yang anda semua dah buat pada Mac 2008 yang lalu.... Kini tanah dah tergadai, dapat plak Speaker DUN kaki temberang.

No comments:

Post a Comment