02 February, 2009

BILA MB PERAK RASA NAK PITAM

Suasana malam tadi boleh menyebabkan MB Perak, YB Dato’ Seri Nizar rasa macam nak pitam. Baru nak rasa lega bila ada YB BN masuk PKR (Pakatan Rakyat), sekurang-kurangnya kerusi MB akan kekal bersamanya untuk 5 tahun ini, nampaknya kegembiraannya tidak lama.

Malam tadi, kecoh sekejap bila tersebar cerita bahawa 2 ADUN PKR meletakkan jawatannya sebagai ADUN yang boleh menyebabkan Pilihan Raya Kecil diadakan dalam masa 60 hari.

Menurut laporan Bernama, dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang “hilang” sejak Isnin lepas hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta.

Yang Dipertua DUN Perak, V. Sivakumar berkata, ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.

Dalam kenyataannya yang difakskan ke pejabat media, Sivakumar berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Boleh pening kepala dibuatnya YB Nizar nie. Bak kata Nobisha dalam blognya, ‘PANADOL ACTIFAST DAH HABIS DI IPOH!’. Begitu juga dengan Kickdefella yang mencadangkan jalan sebaiknya di dalam keadaan genting begini ialah untuk Menteri Besar setelah berbincang dengan tujuan mendapat persetujuan pemimpin-pemimpin parti dalam Kerajaan Negeri Perak, mengadap DYMM Sultan Perak dan menasihatkan supaya Baginda bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak akan membolehkan para pengundi di Perak membuat keputusan semula kepada pihak manakah mandat mahu diberikan.

Tentu sekali ini adalah jalan terbaik buat PR kerana mereka mempunyai kekuatan untuk memperolehi mandat yang lebih besar berdasarkan populariti pentadbiran mereka kepada rakyat (bukan berdasarkan tomahan yang dilemparkan menerusi media arus perdana).

Namun, semuanya jangan risau. Pilihan Raya Kecil DUN Behrang dan DUN Changkat Jering tidak perlu memandangnya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan meletakkan jawatan mereka, sepertimana yang diumumkan petang tadi.

Menurut laporan `Berita Terkini Utusan-Online pada jam 10.01 malam’, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi memaklumkan bahawa beliau dan dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu.

Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

Oleh yang demikian, tak perlulah rasa gusar gulana, Cuma ada antara orang-orantg penting di Perak akan selalu ‘pening kepala’ khususnya Nizar yang baru nak hampir setahun memegang tampuk pemerintahan Perak, mungkinkah beliau akan bertahan sepenggal ini sebagai MB.

Tengoklah minggu ini…apakah sebenar permainan atau perjuangan sebenar yang berlaku di Perak. Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…. Siapa yang permainkan siapa sebenarnya?

No comments:

Post a Comment