03 February, 2009

Masihkah kau ingat berjangkit ke Pulau Pinang

Kesian anak-anak ini. Terpaksa belajar hampir 2 jam di bawah panas mentari selepas pintu pagar Tabika Perpaduan Kemas Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau dirantai dan dimangga JKKK Kuala Sungai Pinang.

Sedih aku mengenangkan nasib anak-anak Melayu yang terpaksa memperjudikan masa depannya akibat percaturan politik kita sendiri yang hanya memetingkan diri sendiri tanpa melihat kesan kepada generasi masa depan.

Maybe… aku nak pinjam ayat dari Hambali Latiff…. Penyakit PAS Terengganu sudah menjangkit sampai ke Pulau Pinang. Kalau dulu, antara tahun 1999-2004, inilah juga yang berlaku ke atas anak-anak Terengganu.

Kini berjangkit ke Pulau Pinang. Siapa yang nak dipersalahkan dalam hal ini.

Speaker DUN Perak kaki temberang

Akhirnya, SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Changkat Jering (N14) dan DUN Behrang (N58), kedua-duanya masih dipegang oleh penyandang kerusi berkenaan.

Ia disahkan sendiri oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf setelah SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap kedua-dua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai Adun Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Adun Behrang.

SPR telah meneliti secara mendalam dan rapi daripada pelbagai sudut perundangan dan dengan ini memaklumkan bahawa SPR mendapati wujud keraguan terhadap surat peletakan jawatan oleh penyandang kedua-dua kerusi berkenaan. Ia juga memandangkan kedua-dua Adun itu secara sedar telah mengesahkan bahawa surat-surat berkenaan tidak berkuat kuasa," katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu, katanya SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) Perlembagaan negeri Perak dalam memastikan berlakunya kekosongan luar jangka.

Persoalannya sekarang, siapa yang bersandiwara akan kekosongan tersebut.

Dua hari lepas, Speaker DUN Perak V. Sivakumar memaklumkan bahawa ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad.

Sehari selepas itu, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering menafikan meletak jawatan dan tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu, sebaliknya mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

Akhirnya, hari ini semua persoalan dan teka-teki berhubungan 2 kerusi tersebut terjawab dan orang yang perlu bertanggungjawab di atas segala pembohongan ini ialah Sivakumar yang telah membuat kenyataan dan menghantar surat palsu kepada SPR.

Bila dah pantai Auta macam Siva nie, membuktikan wujudnya konspirasi dan permainan politik kotor oleh Pakatan Rakyat di Perak ni.... Orang Perak, fikirkanlah semula keputusan yang anda semua dah buat pada Mac 2008 yang lalu.... Kini tanah dah tergadai, dapat plak Speaker DUN kaki temberang.

02 February, 2009

BILA MB PERAK RASA NAK PITAM

Suasana malam tadi boleh menyebabkan MB Perak, YB Dato’ Seri Nizar rasa macam nak pitam. Baru nak rasa lega bila ada YB BN masuk PKR (Pakatan Rakyat), sekurang-kurangnya kerusi MB akan kekal bersamanya untuk 5 tahun ini, nampaknya kegembiraannya tidak lama.

Malam tadi, kecoh sekejap bila tersebar cerita bahawa 2 ADUN PKR meletakkan jawatannya sebagai ADUN yang boleh menyebabkan Pilihan Raya Kecil diadakan dalam masa 60 hari.

Menurut laporan Bernama, dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang “hilang” sejak Isnin lepas hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta.

Yang Dipertua DUN Perak, V. Sivakumar berkata, ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.

Dalam kenyataannya yang difakskan ke pejabat media, Sivakumar berkata beliau akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Boleh pening kepala dibuatnya YB Nizar nie. Bak kata Nobisha dalam blognya, ‘PANADOL ACTIFAST DAH HABIS DI IPOH!’. Begitu juga dengan Kickdefella yang mencadangkan jalan sebaiknya di dalam keadaan genting begini ialah untuk Menteri Besar setelah berbincang dengan tujuan mendapat persetujuan pemimpin-pemimpin parti dalam Kerajaan Negeri Perak, mengadap DYMM Sultan Perak dan menasihatkan supaya Baginda bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak akan membolehkan para pengundi di Perak membuat keputusan semula kepada pihak manakah mandat mahu diberikan.

Tentu sekali ini adalah jalan terbaik buat PR kerana mereka mempunyai kekuatan untuk memperolehi mandat yang lebih besar berdasarkan populariti pentadbiran mereka kepada rakyat (bukan berdasarkan tomahan yang dilemparkan menerusi media arus perdana).

Namun, semuanya jangan risau. Pilihan Raya Kecil DUN Behrang dan DUN Changkat Jering tidak perlu memandangnya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan meletakkan jawatan mereka, sepertimana yang diumumkan petang tadi.

Menurut laporan `Berita Terkini Utusan-Online pada jam 10.01 malam’, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi memaklumkan bahawa beliau dan dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu.

Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

Oleh yang demikian, tak perlulah rasa gusar gulana, Cuma ada antara orang-orantg penting di Perak akan selalu ‘pening kepala’ khususnya Nizar yang baru nak hampir setahun memegang tampuk pemerintahan Perak, mungkinkah beliau akan bertahan sepenggal ini sebagai MB.

Tengoklah minggu ini…apakah sebenar permainan atau perjuangan sebenar yang berlaku di Perak. Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…. Siapa yang permainkan siapa sebenarnya?