01 January, 2009

HUDUD PAS HUDUD POLITIK


Oleh: Faiz (Dunia Si Bentan)

Menjelang PRK P.036, PAS kembali dengan isu Pelaksanaan Hukum Hudud sebagai 'modal' kempen mereka nanti.

Isu lapuk ini pernah mereka gunakan dalam kempen PRU 1999 yang menyaksikan Rakyat Terengganu terpengaruh dengan kempen kosong ini. Ternyata apabila memegang pemerintahan Terengganu, PAS hanya berjaya bercakap, bukan melaksanakannya.

Halangan untuk melaksanakan sistem ini semakin kuat buat PAS terutama sejak mereka menjerumuskan diri dalam Pakatan Rakyat. PKR dan DAP (yang terang-terangan membantah Hudud) lebih mendominasi pakatan ini. Tinggallah PAs menjadi Boneka dan Pak Turut.

Dalam kempen PRU-12 yang lalu pun, PAS lebih bersikap 'letak tepi dahulu' dengan matlamat mereka ini. Kononya ingin menarik lebih ramai pengundi.

Yang lebih nyata, dalam PRU-12, PAS lebih menjadi pangamal 'Islam Sekular' (yang sebelum ini lidah dan air liur mereka meludahkan kata-kata ini kepada Pemimpin UMNO). PAS menyokong pelbagai tindakan memberontak (sesuatu yang tidak pernah diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w), malah PAS merestui perjuangan Hindraf yang sebenarnya untuk agama Hindu. Pemimpin dan penyokong PAS turut terlibat dalam 'BERSIH' yang menjadi antara tulang belakang penubuhan IFC. Semuanya gara-gara Politik Pakatan Rakyat.

Setelah Pakatan Rakyat diberi peluang untuk mentadbir di 5 buah negeri, PAS masih membisu tentang Hudud. PAS sekali lagi menjadi Boneka dan Pak Turut. PAS turut menyokong isu Penternakan Khinzir secara besar-besaran di Selangor. Malah, PAS masih turut bersama pendapat yang menyebelahi Anwar Ibrahim tentang Sumpah Al-Quran.

Jika sekarang PAS kembali dengan isu Pelaksanaan Hukum Hudud ini, ia sebenarnya semata-mata untuk kempen PRK Kuala Terengganu yang belum tentu akan menjadi kenyataan.

PAS yang sudah beberapa lama memerintah Kelantan pun, hanya berjaya berceramah tentang Hudud, bukannya melaksanakannya.

Kesimpulannya: HUDUD PAS HUDUD POLITIK.

No comments:

Post a Comment