07 January, 2009

Undi Pas Berdosa


Siapa yang benar?
Itulah persoalan yang perlu difikirkan sebaik mungkin pengundi Kuala Terengganu, sebelum menterjemahkannya pada Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, 17 Januari ini.
Pas yang mempertaruhkan Mohd Wahid Endut, terus memalu gendang berkempen sebaik sahaja pentas dibuka. Ceramah Perdana Pas sewaktu berkempen semalam (6/1/09), menampilkan beberapa tokoh Ulamak tersohor.
Antara yang hadir, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Al Fadil Ustaz Datuk Seri Anwar Ibarhim dan yang paling ditunggu-tunggu ceramah daripada Ustaz Lim Kit Siang.
Itulah wajah Pas, jika Umno baik dengan MCA dan MIC adalah berdosa, haram, serta dituduh kafir, tetapi halal bagi Pas berbaik dengan DAP kerana kepentingan parti mereka.
Yang jelas dasar perjuangan Pas kononnya "Membangun Bersama Islam" dan bergabung pula dengan Partai Keadilan Rakyat (PKR), serta DAP, bagi membentuk pakatan pembangkang.
Cuma persoalannya mampukah mereka mempertahankan dasar Islam yang kononya mereka perjuangkan selama ini.
Dipentas politik, Pas berceramah kononya Barisan Nasional (BN) tidak Islam, tidak mendokong perjuangan Islam, mengetepikan dasar Islam dan persoalannya sejauh mana tertegaknya Islam di Kelantan dibawah pentadbiran Pas.
Rakan seperjuangan Pas iaitu DAP, tetap menolak pelaksanaan Hukum Hudud dan Qisas, sekiranya pakatan pembangkang memerintah Malaysia.
"Hukum hudud bukan menjadi dasar DAP dan Pakatan Rakyat," kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang. (Berita Harian 07/01/2008).
Pas bukan sahaja gagal mempertahankan pendiriannya yang tidak menghalalkan penjualan arak di negeri pakatan mereka Selangor, tetapi turut membenarkan projek ternakan babi mega dibina.
Kemana hilangnya taring Pas membela agama Islam?
Pas hanya bercakap soal Islam namun gagal melaksankannya, menipu rakyat untuk kepentingan parti. Siapa undi Pas bererti menghancurkan Islam dan berdosa.

No comments:

Post a Comment