03 January, 2009

WAKAF MEMPELAM TERIMA RM200,000 UNTUK BINA JALAN


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meluluskan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi pembinaan jalan baru di Kampung Sheikh Nasir, Losong dan Padang Sena dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Wakaf Mempelam.

Menterinya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata, peruntukan itu diluluskan berikutan kedua-dua jalan di kawasan berkenaan didapati rosak dan tidak dinaik taraf sejak dua tahun lepas.

Proses menaik taraf kedua-dua jalan itu akan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu secepat mungkin dan bakal memberikan kemudahan kepada kira-kira 2,000 penduduk dalam kawasan DUN itu.

"Kita bersetuju membina dua jalan baru di Wakaf Mempelam dengan setiap satunya melibatkan peruntukan RM100,000. Ia penting untuk kegunaan pelajar ke sekolah selain memudahkan penduduk berulang-alik," katanya selepas majlis bersama masyarakat di Kampung Gong Pak Maseh baru-baru ini.

Langkah itu adalah antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan rakyat mendapat kemudahan yang baik di kawasan berkenaan."Selain di Wakaf Mempelam, banyak lagi tempat kita telah bina rumah, jambatan dan sebagainya," kata beliau.

No comments:

Post a Comment