01 January, 2009

GELANGGANG BELUM DIBUKA: WAN FARID SUDAH DIFITNAH


Kesian aku dengan calon BN Kuala Terengganu. Belum pun kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bermula, beliau telah "diserang" menerusi laman web dan juga sistem pesanan ringkas (SMS).

Terbaru, gambar sedang berkaraoke bersama seorang wanita muda tersebar dalam laman web, sebaik sahaja beliau dinamakan sebagai calon BN pada pilihan raya kecil 17 Januari depan.

Siapa wanita tersebut…. Adakah Wan Farid berlaku curang? Hakikatnya suasana mendung dan human yang agak lebat di Kuala Terengganu ini tidak mendingin pejuang-pejuang dan musuh-musuh BN dari dalam mahupun luar untuk menabur fitnah dan dakyak untuk memburuk-burukkan calon BN dan UMNO khususnya.

Hakikatnya, aktiviti keluarga yang hakikatnya baik untuk dikcontohi bersama menjadi ‘alat’ kepada sestina pihak untuk memburuk-burukkan seseorang, khususnya dalam suasana hangat pilihan raya ini.

Inilah sebenarnya. Nilailah sendiri siapa Wan Farid dan siapa yang JAHAT sebenarnya. Nilailah sendiri, siapa yang jahat sebenarnya?

Wanita yang sedang menyanyi bersama beliau itu adalah anak saudaranya sendiri dalam majlis perjumpaan keluarga di rumah seorang saudara yang turut dihadiri anggota keluarganya termasuk isteri dan anak-anak beliau, selain ibu bapa anak saudaranya itu malah bapa kepada anak saudaranya itu turut berada di tempat berkenaan ketika gambar itu diambil.

"Abang saya ada, ayah dia (anak saudara) pun ada di sebelah kanan, tetapi dalam laman web berkenaan, hanya ada gambar saya dan gambar anak saudara saya itu setengah, seolah-olah memberi gambaran yang tersendiri. Ini adalah tindakan berniat jahat, bila gambar itu disiarkan di internet, banyak pihak yang membuat andaian dengan pelbagai rumusan tentang karakter saya,”.

No comments:

Post a Comment