06 January, 2009

Tee Keat Gesa Pengundi Cina Tolak Konsep Dibawa PAS

Pengundi Cina di kawasan Parlimen Kuala Terengganu diingatkan supaya tidak terpedaya dengan konsep negara kebajikan yang cuba ditonjolkan oleh PAS kerana parti itu pada masa yang sama memperjuangkan konsep negara "teokratik".

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, PAS tidak habis-habis dengan konsep negara kebajikan semata-mata untuk menarik pengundi perhatian terutama kaum Cina. Tapi apa yang kita lihat setakat ini PAS sekali lagi bersungguh-sungguh membangkitkan isu negara teokratik dan kita ingin tahu bagaimana kedua-dua mereka akan berdamai.

Ong berkata pendirian MCA adalah jelas iaitu menolak sebarang konsep yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

"Tiada rakyat Malaysia yang waras pemikirannya patut menerima konsep itu. Pilihan raya kecil itu turut menjadi kayu pengukur terhadap perhubungan kukuh yang sedia terjalin antara semua kaum di negeri itu. Suasana harmoni dan perpaduan di antara pelbagai kaum di negara ini yang telah lama terjalin juga menjadi contoh kepada beberapa negara," katanya.

Beliau berkata pada masa ini, setiap kaum di Terengganu telah berkongsi sumber kekayaan negeri dan bukannya pada musim pilihan raya sahaja.Katanya PAS yang diberi peluang memerintah pada 1999 gagal membawa sebarang pembaharuan sehingga ditolak rakyat pada pilihan raya umum berikutnya.

No comments:

Post a Comment