05 January, 2009

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA- Asas Kepada Reformasi Pendidikan Negara.


Dalam misi mentranformasikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju di dunia menjelang tahun 2020, kita perlu memastikan sistem Pendidikan Negara berada di landasan yang tepat dan sesuai dengan penilaian antarabangsa serta berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir yang berketrampilan, mempunyai nilai jati diri yang utuh dan berpegang teguh dengan ajaran agama dan menjunjung tinggi nilai budaya bangsa.

Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berkata, bagi menghadapi era globalisasi yang merapatkan jurang budaya antara benua, setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya perlu berganding bahu dan bersedia untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran yang bakal mendatang.

"Dalam konteks Pelan Induk pembangunan Pendidikan 2006-2010, matlamat pelan tersebut adalah untuk menghasilkan Pendidikan berkualiti untuk semua dan ia merupakan pelan tindakan jangka panjang Kementerian Malaysia yang menyediakan asas untuk reformasi Pendidikan.

PIPP memberi penekanan terhadap pembangunan modal insane yang menyeluruh dan modal intelek yang berkualiti bagi mendukung dan melaksanakan aspirasi Malaysia untuk menjadi Negara maju dan makmur sejajar matlamat Wawasan 2020," ujarnya pada Majlis Penyerahan bantuan kepada SJKC di SJKC Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu.

Tambahnya, menerusi enam teras strategik PIPP, Kementerian Pelajaran bersedia untuk melakukan satu lonjatan perdana kea rah mempertingkatkan kualiti modal insan dengan memperkasa institusi sekolah tanpa mengira aliran demi kepentingan pembangunan negara bangsa.

"Setiap sekolah tidak mengira Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), SJKC, SJKT dan sekolah Mubaligh memainkan peranan penting dalam memastikan generasi muda negara ini diberi pendidikan dan bimbingan yang sempurna.

Adalah menjadi perjuangan kerajaan BN untuk melihat semua aliran sekolah mendapat pembelaan sewajarnya supaya reformasi pendidikan negara dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kerajaan mengamalkan dasar pendidikan untuk semua dengan adil tanpa mengira warna kulit, budaya dan status sosial," tambahnya.

No comments:

Post a Comment