09 January, 2009

SANDIWARA DAP: Sokong Calon PAS tapi tolak HUDUD PAS

Apakah sandiwara yang dimainkan DAP dan PAS. Mereka saling sokong-menyokong namun dalam pelaksaan hokum HUDUD, DAP minta PAS langkah mayat mereka dahulu sebelum melaksanakan hudud.

Parti kompenan BN, MCA hari ini mempersoalkan pendirian DAP yang berkempen untuk calon PAS pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sedangkan dalam masa yang sama, DAP menolak pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS selama ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang membantah pelaksanaan hukum hudud bercanggah dengan tindakan parti itu sendiri yang membantu PAS berkempen pada pilihan raya kecil kali ini.

"Kalau DAP anggap dirinya mempunyai kredibiliti, DAP perlu memaklumkan kepada rakyat apa pendirian sebenar mereka. Apa yang dibuat di Kuala Terengganu bercanggah dengan kenyataan pengerusi DAP. Rakyat berhak tahu apa sebenar yang terjadi," katanya selepas menghadiri majlis dialog dengan pemimpin masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Tiong Hua Terengganu di sini.

Semalam, Karpal Singh turut mempersoalkan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan hukum hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan bukannya di seluruh negara, adalah mengelirukan.

Karpal dilaporkan meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penjelasan sama ada hukum hudud yang ingin dilaksanakan PAS hanya terpakai kepada orang Islam atau juga melibatkan mereka yang bukan Islam sekiranya PAS berjaya menubuhkan sebuah negara Islam.

Ong berkata PAS sebenarnya takut hendak menjelaskan sama ada pelaksanaan hukum hudud hanya tertakluk kepada mereka yang beragama Islam dan hanya menggunakan parti pembangkang lain seperti DAP and PKR untuk membuat penjelasan yang tidak mencerminkan hasrat sebenar PAS dalam perkara itu.

Ini terbukti, menurut Ong, apabila PAS memerintah Terengganu pada 1999 sehingga 2004, meluluskan Rang Undang-Undang mengenai pelaksanaan hukum hudud walaupun menyedari hakikatnya ia tidak dapat dilaksanakan tanpa persetujuan Parlimen.

"Mereka sedia maklum, ini hanya dapat dilaksanakan di peringkat Parlimen, bukan Dewan Undangan Negeri. Walaupun faham hakikat ini, dia buat juga. Jadi bila tak dapat dilaksanakan, rakyat Terengganu berhak nak tahu apa sudah jadi," katanya.

No comments:

Post a Comment