05 January, 2009

TIADA PERARAKAN KEMENANGAN

Tiada perarakan bagi calon yang menang pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Polis memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang cuba berbuat demikian. Ini bagi menjamin kestabilan dan ketenteraman awam di sepanjang tempoh berkempen.

Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan berkata polis hanya membenarkan perarakan pada Hari Penamaan calon sahaja di Stadium Negeri pagi esok.

"Tetapi selepas itu kami tidak membenarkan apa-apa perarakan. Kalau lepas pilihanraya ada calon yang menang kita tidak akan membenarkan apa-apa perarakan berlaku. Tapi dari segi untuk memberi kempen dan ceramah, kita akan benarkan melalui fomat-format yang kita beri..." ujarnya.

No comments:

Post a Comment