08 January, 2009

PAS si penangkap hantu?


Oleh: Si Anak Bentan

Pakatan Rakyat terus ‘menyalak’, pengundi hantu akan terus menhantui perjalanan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini. Isu ini telah dipermainkan oleh pemimpin hebatnya, yang memperbodohkan ahli-ahlinya yang jahil dengan segala prosedur Akta Pilihanraya.

Maka dengan sebab itulah, pada setiap kali musim Pilihanraya, mereka akan menjadi anjing-anjing liar yang sanggup merempuh bahaya, dan menidakkan undang-undang dengan menahan bas, merampas IC, dan termasuk juga menghalang pengundi dari pergi membuang undi.

Sebenarnya, Pengundi Hantu adalah satu retorik Pengecut yang diamalkan Pakatan Rakyat, yang takut kehilang undi untuk mereka. Pengundi Hantu sebenarnya tidak wujud.

Setiap nama yang didaftarkan dalam daftar pemilih mengambil masa 3 hingga 5 bulan untuk dikemaskini, maknanya, adalah sesuatu yang mustahil, kalau daftar hari ini, esok boleh jadi pengundi.

Pakatan Rakyat memang selalu mendahului Tuhan, yang boleh meneka tentang hidup mati seseorang atau yang boleh meramal seseorang itu mati atau tidak. Mengikut daftar JPN, memang ada rakyat Malaysia berusia lebih 100 tahun. Jika dalam senarai daftar pemilih ada yang berusia lebih 100 tahun itu sudah meninggal dunia, ia boleh jadi disebabkan perkara-perkara berikut :

i - Kematian tidak dilaporkan oleh saudara-mara, cucu cicit atau jiran.
ii- Ketua kampung atau ketua masyarakat atau ketua rumah (Sabah Sarawak) tidak melaporkan kematian.
iii- Orang yang dah lama hilang yang masih menggunakan alamat lama, yang tidak diketahui tentang nasib hidupnya sekarang.

dan banyak lagi sebabnya, yang boleh difikir secara positif.

Tidak pernah wujud orang mengundi 2 kali, kerana perjalanan proses pengundian berlaku secara sistematik. Lagi pulak, adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya menipu cetak kertas undi dan mengeluarkan kertas undi dari bilik darjah (tempat mengundi)

Orang yang sudah lama meninggalkan kampung halaman, pastinya ada hak untuk mengundi oleh sebab alamatnya sewaktu mandaftar sebagai pengundi tidak pernah ditukar.

Daftar Pemilih yang dikemaskini setiap suku tahun, akan digesetkan kepada semua pihak yang terlibat, dan masa diberi (seminggu kalau tak silap) untuk kemukakan bantahan atau persoalan atau kematian atau kehilangan atau apa sahaja isu yang berkaitan dengan status pengundi. Jadi dalam masa itulah, sepatutnya Pakatan Rakyat nak menjerit melolong pasal hantu-hantu ni, bukan masa musim mengundi datang.

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin atasan bagi setiap Parti yang terlibat sedia maklum tentang hal ini. Cuma, bagi sesetengah Parti, mereka mengambil peluang yang jahat untuk menjadikan keadaan kucar-kacir oleh sebab tiada isu untuk diperjuangkan bagi mengalahkan pihak lawan.

Apa yang lebih menghairankan, sekiranya Pakatan Rakyat menang di sesuatu tempat, mereka tidak pula menyalak tentang 'hantu', tetapi bila mereka kalah, atau terancam oleh kekalahan, masing-masing mata mereka merah seperti hantu.

SPR sudah telus dan sentiasa mencari jalan yang baik untuk lebih telus, cuma yang menjadi masalah ialah, Pakatan Rakyat yang tidak pernah telus berjuang membela rakyat.

No comments:

Post a Comment