05 January, 2009

BN KOMITED KEPADA PEMBANGUNAN UNTUK RAKYAT

Para pengundi diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan hasutan parti pembangkang yang cuba memburuk- burukkan kerajaan sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pembangkang akan berusaha melakukan apa sahaja bagi menarik sokongan pengundi meskipun bertentangan dengan agama dan nilai-nilai moral.

Menurutnya, para pengundi perlu sedar dengan taktik pembangkang yang suka menabur janji walaupun ia tidak mungkin dapat dilaksanakan, asalkan mereka boleh mendapatkan sokongan.

''Jangan kita menggadaikan masa depan diri dan anak-anak dengan memilih parti pembangkang kerana mereka ini sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat berkuasa,'' katanya yang juga Pengerusi Jentera Puteri UMNO bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu ketika melancarkan markas dan jentera pilihan raya bagi daerah mengundi Taman Permint Jaya.

Menurut Rosnah, hanya BN mampu membela nasib rakyat dengan menjamin keamanan, keselamatan dan kemakmuran yang dikecapi negara sejak dahulu. eadaan itu berbeza dengan taktik pembangkang yang bukan sahaja tidak konsisten dalam perjuangan membela rakyat, tetapi kesepakatan antara parti juga dilihat amat rapuh.

Dalam situasi sekarang jelasnya, perkara paling penting perlu diberi perhatian oleh pengundi ialah rekod kemampuan dan pencapaian UMNO dalam membela nasib rakyat.

''Apabila dua perkara ini dijadikan ukuran, parti yang mampu membawa perubahan besar dan mengisi harapan tidak lain tidak bukan ialah BN,'' ujar beliau.

Tambahnya, kerajaan BN sentiasa komited dalam meneruskan pembangunan dan kemajuan masyarakat termasuk meningkatkan prasarana pendidikan bagi melahirkan lebih ramai pelajar berkualiti.

No comments:

Post a Comment