03 January, 2009

KEMELUT DALAM PAKATAN RAKYAT

Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri berharap rakyat terutamanya pengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu nanti akan membuat perhitungan secara rasional dan realiti atas perjuangan pakatan pembangkang itu.

Mengulas pilihan raya kecil itu yang dijadualkan pada 17 Jan depan, Najib berkata saingan pada pilihan raya kecil itu tetap dilihat sengit, namun beliau yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan tersendiri.

“Pakatan Rakyat tidak ada dasar yang boleh dikatakan menggambarkan dasar Pakatan Rakyat, ia hanya ada dasar yang ditentukan parti masing-masing, PAS ada ideologinya, DAP ada ideologinya, begitu juga PKR dengan ideologinya, tidak ada satu dasar yang digabungkan dalam Pakatan Rakyat, mereka hanya mengabui mata rakyat.”

Pakatan Rakyat tidak ada dasar yang boleh dikatakan menggambarkan dasar Pakatan Rakyat, ia hanya ada dasar yang ditentukan parti masing-masing, PAS ada ideologinya, DAP ada ideologinya, begitu juga PKR dengan ideologinya, tidak ada satu dasar yang digabungkan dalam Pakatan Rakyat, mereka hanya mengabui mata rakyat.

“Kempen ini melalui beberapa peringkat dan beberapa cara kaedah kempen, satu ceramah terbuka, ini boleh kesan lebih mudah, ada kempen dalam kelompok yang kecil, bisikan dan sebagainya, ini susah kita hendak mengawasi apa yang dilakukan pihak lawan, apa pun kita sedang memantau keadaan ini,”

MyKad: Jangan Serah Kepada Orang Lain

Dalam masa yang sama, pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu dinasihat supaya tidak sembarangan menyerahkan MyKad mereka kepada mana-mana individu bagi mengelak ia daripada disalah guna.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata ia juga bagi mengelak pengundi daripada gagal menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 17 Jan ini.

"Pengundi kena berhati-hati dan jangan serah kad pengenalan kepada individu-individu yang tidak dikenali. Kad pengenalan perlu dibawa pada hari mengundi," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis perjumpaan dengan penduduk di Kampung Gong Pak Maseh.”

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga berkata perbuatan merampas MyKad individu lain merupakan tindakan yang tidak demokrasi apatah lagi dilakukan semasa pilihan raya.

No comments:

Post a Comment