01 January, 2009

RAFIDAH AZIZ KETUAI JENTERA WANITA BN


Pilihan Raya Kecil P36: Parlimen Kuala Terengganu akan menyaksikan Jentera Wanita UMNO akan diketuai Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz yang akan memantau perjalanan kempen Wanita BN dalam Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu. Tanggungjawab ini adalah lumrah sebagaimana pilihan raya - pilihan raya kecil sebelum ini yang mana beliau sendiri yang mengetuai kempen Wanita Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang lalu, tanggungjawab itu diserahkan kepada Timbalannya, Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil oleh sebab beliau menjalani rawatan pembedahan lututnya.

Dalam masa dua minggu ini sahaja, Tan Sri Rafidah Aziz sudah 4 kali beliau turun ke Kuala Terengganu bagi memastikan kerja-kerja Wanita BN khususnya Wanita UMNO berjalan lancar.

Dalam satu majlis mesra rakyat yang diadakan baru-baru ini, Tan Sri Rafidah menegaskan bahawa masyarakat Kuala Terengganu perlu bijak membuat pilihan dan memilih BN sebagai pilihan kerana hanya BN yang boleh membawa kemajuan dan kestabilan pemerintahan kepada negara.

Jentera wanita BN telah memulakan gerak awal kempen pilihanraya kecil ini dengan penuh semangat termasuk menjalankan kerja-kerja gerak mesra rumah ke rumah. Dalam pada itu beliau turut menyambut baik saranan Y.A.B Perdana Menteri supaya isu perkauman dan keagamaan, tidak dimainkan dan dimanupulasikan sebagai bahan untuk meraih simpati dan sokongan pengundi.

Selain Pemuda UMNO, Pergerakan Wanita UMNO juga akan mengadakan kempen dari rumah ke rumah selain memberi penjelasan mengenai cara yang tepat untuk membuat pangkah pada kertas undi bagi mengelakkan undi rosak.

1 comment: