04 January, 2009

SEDIA GEMPUR: Semangat Pemuda Dalam Momentum Terbaik



Oleh: Ku Azman

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin menyifatkan jentera pergerakan itu khususnya jentera tempatan berada dalam momentum yang cukup baik menjelangnya pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

"Bersandarkan kepada apa yang saya lihat hari ini dan tinjauan yang dilakukan, semangat jentera kita nampaknya berkobar-kobar untuk mempertahankan Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari nanti. Insyaallah jika inilah semangat dan gerak kerja yang ditunjukkan dan ianya kekal sehingga hari pembuangan undi kelak, Barisan Nasional (BN) akan berjaya mepertahankan kemenangan.

"Namun perlu diingat, gerak kerja kita itu mestilah bersandarkan kepada strategi yang betul terutama memikat pengundi muda agar menyebelahi kita pada hari pembuangan undi nanti", katanya.

Kata beliau lagi kaedah dan pendekatan yang bersandarkan kehendak akar umbi menjadi pertimbangan utama pergerakan itu untuk berkempen kelak.

"Sebab itulah kita adakan perjumpaan hari ini untuk melihat dan mengetahui apa kehendak di bawah dan sebagainya. Bayangkan jika kesemua Ketua-Ketua Pemuda cawangan yang ada pada hari ini dan seluruh jentera mereka dapat memikat hati pengundi muda untuk berpihak kepada kita. Inilah yang kita mahu", katanya.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya memberikan jaminan pergerakan itu tidak akan mencetuskan kekecohan sepanjang tempoh berkempen kelak. Katanya jentera Pemuda sejak daripada dahulu lagi telah dididik dengan disiplin yang cukup tinggi dan tidak diasuh dengan gejala sedemikian.

No comments:

Post a Comment