05 January, 2009

180 Pelajar Perintis MRSM Ulul Albab

Pengambilan pelajar tingkatan satu dalam jurusan agama di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Besut Terengganu, merupakan perintis kearah melahirkan modal insan mahir dalam bidang sains dan agama.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata seramai 180 pelajar perintis aliran itu mula di tempatkan di sekolah berkenaan bermula semalam.

“Kita mendapati walaupun jurusan ini baru diperkenalkan, namun ia mendapat sambutan hangat apabila MRSM terbabit menerima permohonan kira-kira 900 pelajar.

“Untuk mengatasi masalah permohonan itu maka MRSM terpaksa mengadakan temudug dan 180 pelajar layak ditempatkan di sana,” katanya ketika ditemui.

Beliau memberitahu pemberita demikian selapas merasmikan Seminar Keusahawanan Mara, anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri Terengganu di sini semalam.Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Mara, Datuk Idris Jusoh.

Noh berkata, selain MRSM mempunyai aliran agama, Mara juga bakal memperkenalkan MRSM Teknik yang akan menawarkan mata pelajaran aliran teknikal.

Menurut beliau, pembukaannya mampu menawarkan peluang pendidikan kepada pelajar yang berminat dalam bidang teknikal.

“Mara mahu berfungsi sebagai sebuah agensi yang bukan sahaja mengembangkan ekonomi Bumiputera, tetapi turut berperanan melahirkan saintis dan juga tokoh agama.

“Sehingga kini Mara mempunyai 40 MRSM diseluruh Negara, manakala tahun ini dua buah lagi MRSM baru akan dibina di Bentong Sarawak dan Bentong Pahang,” katanya.

Selain itu dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang Mara juga turut membina dua universiti, iaitu Universiti Kuala Lumpu (UNIKL) dan Malaysia Jepun Universiti (MAJU).

No comments:

Post a Comment