07 January, 2009

Jangan Reka-Reka Cerita Untuk Raih Undi

Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Terengganu kesal dengan kenyataan Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menuduh ‘orang UMNO dan BN” di Kuala Lumpur menukar laporan yang ditulis wartawan dari kawasan tugasan masing-masing.

Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki berkata, Presiden Pas tidak patut mereka-reka cerita sedangkan hal itu tidak berlaku. Lebih baik dia fikir masak-masak terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan palsu di khalayak ramai seperti yang berucap pada ceramah mega anjuran Pas, di Kuala Terengganu, malam semalam.

Pembohongan hanyalah mengelirukan orang ramai sahaja. Saya dan rakan-rakan saya tidak pernah mengalami keadaan sedemikian setiap kali membuat kenyataan kepada media massa. Tidak ada penyiaran berita yang berbeza daripada yang kami hantar atau bercakap kepada wartawan.

Pengarang akhbar dan pengawal berita di stesen penyiaran bukan ahli politik pun, malah mereka adalah wartawan profesional yang beretika dan berpengalaman. Akhbar dan stesen penyiaran bukan pula milik parti.

Ketika berucap pada majlis ceramah malam tadi, Hadi mendakwa dia kesian dengan nasib wartawan kerana apabila laporan berita yang sampai ke ibu pejabat di Kuala Lumpur, “orang UMNO dan BN” menukarnya.

Lebih baik Pas siasat sama ada sudah menjadi kebiasaan pemimpin mereka berbuat demikian apabila pemberita Harakah menghantar berita ke ibu pejabatnya. Tambahan pula pengarang dan penulis di Harakah yang menjadi terbitan parti itu, memang ahli politik Pas.

No comments:

Post a Comment