03 January, 2009

Pendekatan Sederhana Puteri Dekatkan Diri Dengan Masyarakat

Jentera Puteri UMNO dari seluruh negara telah mula berkumpul di Kuala terengganu untuk membantu jentera pilihan raya Puteri UMNO Terengganu yang diketuai Puan Nordiana Shafie.

Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Shahaniza Shamsuddin berkata, Jentera Puteri UMNO Malaysia akan diketuai Naib Ketuanya, YB Datuk Rosnah Sirlin yang mana jentera Puteri akan memberikan tumpuan dalam meraih undi orang muda khususnya dari kalangan ahli Puteri UMNO sendiri yang merupakan 49% daripada keseluruhan pengundi di Parlimen Kuala Terengganu ini.

"Biro Penerangan Puteri UMNO telah merangka kempen dan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menarik minat pengundi muda untuk memahami hala tuju dan visi kerajaan BN dalam pembangunan seimbang di Kuala Terengganu ini khususnya.

Kita yakin, perancangan dan pendekatan yang akan digunakan nanti mampu mendekatkan Puteri UMNO dengan masyarakat khususnya golongan muda seterusnya membantu calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid bagi mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini."

No comments:

Post a Comment